Dia muncul lagi dalam hidupku. Sedaya upaya aku cuba melupakan gadis yang pernah membuatkan hidup ini bagai di syurga. Senyuman yang dia kuntumkan buatku mengubat kerinduan yang masih bersisa di lubuk hatiku ini.
Pernah suatu ketika dahulu aku delete no hp dia, namun menyesal yg teramat sangat. Aku mendapatkan semula dari temannya. Aku delete semua gambar2nya dari hp aku. Namun aku masih mencuri2 lihat gambarnya di Fb. Malahan setiap kali post update dari dia, aku baca berulangkali, seolah2 dia masih ada di sisi. Dekat di hati. Masih bersama.
Walau aku dan dia x lama. Hanya utk satu semester sahaja. Segala2nya cukup indah dilalui bersama. Ke kuliah bersama2. Makan bersama2. Segala2nya bersama. Utk itu semua, mustahil aku dpt melupakan dia, cinta pertama.
N, terima kasih utk secebis senyumanmu itu. Walau hanya dalam mimpi.



No comments:
Post a Comment