akuAzizi [Since 2006]


Free chat widget @ ShoutMix

Monday, January 17, 2011

Wajah Rahsia Hati

Mulut bisa berbohong, kata2 boleh dikaburi dgn kata2 indah, tidak pada wajah. Pada wajah terpancar isi hati. Bola mata tidak mampu untuk merahsiakan isi hati. Bola mata adalah cermin telus yg melihatkan isi hati seseorang itu.

Sedih. Kecewa. Menyesal. Berharap.

Riak wajah itu aku lihat dengan jelas pada pagi ini. Mereka pada suatu ketika dahulu begitu rapat. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama pada waktu senggang. Pelbagai kepayahan dihadapi bersama. Ikatan yg ada antara mereka berdua begitu erat.

Namun, hanya kerana wang, tanah, harta, etc. mereka tidak lagi seperti dahulu. Aku yg hanya mengetahui hanya sekelumit kisah, hanya mampu memerhati dari jauh tanpa dapat berbuat apa2.

Kini, rasa bersalah, berharap, terkilan, kecewa pula yg menyelubungi benak fikiranku.


Sunday, January 16, 2011

Pertama Kali

3 January 2009, itu tarikh aku daftar akaun dgn Fb. Korg bile? Maknanya aku dah 2 thun la ber-fb ni.. korg? Berikut antara screen capture wall & comments yg nak aku kongsikan.


Sat, Jan 3, 2009


 March 4, 2009, 9:40am


 Sorority Life



Saturday, January 15, 2011

Projek Mega Hampir Siap

Macamla besar sgt projek yg aku wat. Biasa2 je. Stakat mengemas tinggalan, memasang semula saluran paip ke rumah ni, mengecat semula and meracun semak samun, xde la mega sgt, kn? Tapi hampir sebulan jugala setakat nak wat keje2 remeh ni. Paling mencabar nak handle saluran paip. Kebasahan jugala aku hari tu. Hari ni alhamdulillah, tiada sebarang cabaran besar. Sume keje yg dirancang utk hari ni setel dlm masa tiga jam je. Lepas zohor kami bertiga [ibu, ayah & aku] dah boleh berehat.

Berikut aku lampirkan sedikit gambar2 rumah pusaka puaka [Kg. Jawa Batu 18 Hulu Langat] yg aku maksudkan dlm entri2 yg lepas.


 Tuan teratak blog buruk ni nak market pulak.. jual muka kat cni...


 Pintu rumah bhgn atas.


 Bhgn dlm atas rumah.


Ni pili air jenis pam punye.. tapi kepala pam tu dah kena curi budak2 dadah.. jual kt besi buruk. Mcm cilake.


Kasut but getah warna kuning ala2 Phua Chu Kang & tools spjg wat keje kat sana.


Bhgian kiri luar rumah.


Bhagian atas rumah.

Pintu bhgn atas rumah.


Bhgian dlm rumah, menuju ke tangga bhgian dapur.


Dua buah bilik di bhgian atas rumah.


 Pemandangan dari tingkap sblh kanan. Kelihatan beberapa batang pokok durian. :)


Tabuh misteri.


Bhgian kanan sblh luar rumah.


Bhgian atas rumah.


Bekal pada hari tersebut.

Thursday, January 13, 2011

Makhluk Misteri Mengganas Kembali

Assalamualaikum, pembuka bicara. 


Gambar ni diambil ketika dalam perjalan menuju ke Empangan Klang Gates. Hujung minggu tersebut aku berjalan kaki sejauh kira2 3km pergi balik. Hahaha! Exercise konon.. Budaya hidup sehat la konon2 ni.. Saja aku nak bicara munafik sebentar dgn korg. "Amalkan budaya hidup sihat."

Baiklah, cukup dgn bicara munafik sbg mukadimah utk post kali ni. Aku masuk terus ke topik kali ni. Makhluk misteri mengganas kembali!
-----------------------------------------------------------------------
Selesai solat subuh pagi ni, dgn badan yg menggigil2 menahan kesejukan gerimis pagi, aku dihadiahkan sebuah kisah betul yg terjadi malam tadi oleh Ibuku.

"Dik, mlm tadi dtg lg benda tu nk mkn ayam." Ibuku membuka bicaranya. "Ibu dpt pukul benda tu dua kali, tapi dia dpt juga lari." tambahnya.
"Nampak tak ape benda tu? Saka bentuk ape?" soalku dalam nada berlawak.
"Entah2 saka tu Ibu yg punye, hihihi'" tambahku mengusik.
"Bentuk dia musang, tapi kecik je." jawab Ibuku dgn penuh yakin terpancar diwajahnya.

"Musang la tu. Jadi bukan saka la yg kita dok sangka selama ni." jawabku sambil ketawa kecil.
"Tapi benda tu pelik Dik. Dia kat atas bumbung masa Ibu mula2 npak benda tu, tapi ayam dalam reban btul2 kat bawah benda tu dah start menggelupur." Ibu membantah jawab logik akalku itu.
Sambil mengajak aku pergi ke reban ayam, Ibu menunjukkan celah pintu yg tidak smpai 10cm.

"Ibu nampak "dia" atas bumbung, Ibu sergah la. Masa tu kt reban tu terang, Mak Anjang hidupkan lampu dapur. Benda tu nampak je Ibu, terus "dia" masuk dlm reban tu mlalui celah pintu reban.
"Benda tu makan tak ayam tu?" soalku mencelah.
"Dia x makan. Bila Ibu datang dekat dgn pintu reban tu, "dia" keluar semula mlalui celah pintu tu, masa tu la Ibu sempat pukul "dia" dua kali.
"Kalau Ibu pegang parang masa tu, dah putus dua agaknya benda tu." Ibuku meluahkan perasaan geramnya.
"Habis, malam tadi Ibu pukul dgn ape?" soalku mencelah lagi sekali.
"Pukul dgn kayu je." jawab Ibuku ringkas

"Ayam tu plak ape cite"
"Ntah la Dik, ayam tu dah jadi macam bingung je, termenung tak bergerak2." sambil menunjukkan seekor ayam betina di hujung reban.
"Nampak gaya x lama lagi mati la ayam tu." luah Ibuku. Ada sedikit rasa kecewa dalam nada yg dituturkannya itu.


reban mini paling selamat. Belum lg diceroboh oleh makhluk misteri tersebut.

Jika musang, mengapa telur2 ini tidak dusik?

Reban tempat kejadian. Pintu dibuka.

Reban tempat kejadian. Pintu ditutup. Celah pintu reban tidak smpai 10cm.

2nd Episode Show Time Reschedule

Based on request. Show time from 2000hrs, has been change to 1830hrs.

Wednesday, January 12, 2011

Bagaimana Mengatakan Tidak [How To Say No]

". . . tringin plak nk . . . boleh?'
"Zizi tolong buatkn . . . utk aku boleh, sng skit aku nk . . ."
"Aku nk mintak tolong ko skit ni, boleh ke? Sweater aku tetinggal kt DPP TM la."

Sbhgian je dari dialog2 yg aku terima setiap hari. Satu kelemahan aku. Aku tidak dapat mengucapkan tidak ke atas setiap permintaan pertolongan dari sesiapa sahaja. Budak bawah umor yg xde duit kecik nk beli tiket LRT pon sukarela je aku sponsor RM2.30 utk tmbang dari Dang Wangi pi Wangsa Maju. Bagaimana ye utk berhati keras dan mengatakan tidak dengan senang dan selamba bergaya??



N: Episode 01

Slmt disiarkan pada jam 2001hrs.

Tuesday, January 11, 2011

Tayangan Perdana : N


Wednesday, January 12 2011, 2000hrs
(UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore

Hanya utk N.

Others, No Comments Allowed.
Thank You.

Friday, January 07, 2011

Amukan Saka Puaka Rumah Pusaka

Cukupla dgn post2 jiwa kosong, monolog dlman mahupun luaran. Kali ni agak serius nada post. Bukan pengaruh novel bersiri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Sebaliknya ini kisah benar yg terjadi sekitar keluarga aku, sekitar Kg. Klang Gate, Gombak dan Kg. Jawa Batu 18, Hulu Langat. 

Kejadian aneh yg aku alami di rumah peninggalan arwah nenek sebelah ibu aku di Kg. Klang Gate ini bermula seawal usia aku lapan tahun. Ketika senja aku lebih gemar bermain2 di tangga smbil menghadap bhgian atas rumah [ruang atas / ruang tamu] manakala nenek [kini arwah] di bawah [dapur]. Ketika itu aku dan sepupu leka bermain getah pemadam, dgn secara tiba2 mesin jahit berbunyi seolah2 ade yg menjahit. Bahagian atas rumah yg semakin gelap dek remang2 senja itu mmg benar2 menakutkan kami berdua. Sehingga kini, kisah ini masih tersimpan rapi antara kami berdua.

Ketika arwah nenek mula2 jatuh sakit pada 2005 dan mendiami rumah bersebelahan, bukan rumah yg aku diami skrg ini, arwah selalu mengingatkan ibu dan aku agar sentiasa menghidupkan lampu pada sebelah malam. Apabila ditanya mengapa, arwah cuma menyatakan beliau merasa seram melihat bhgan atas rumah yg gelap. Ketika itu abang aku masih melanjutkan pelajarannya di Bangi, Selangor dan hanya pulang dua atau tiga minggu sekali. Memang kebiasaan bhgn atas tidak dihidupkan lampu kecuali bilik aku di bhgn bawah / dapur.

Apabila arwah meninggal dunia pada 2008, adik beradik sebelah ibu ada yg tidak berani naik lagi ke bhgn atas rumah. Alasan yg diberikan cukup mudah; serasa berada di alam lain. Aku pon kurang pasti la ape maksud macik2 tu. Alam fana? Alam maya? Alam barzakh? Alam bunian? ntahler...

kira2 enam bulan sebelum nenek meninggal dunia, musang muncul di rumah ini. Barangkali mahu menangkap ayam kg belaan nenek. Sebelum2 ni, musang mmg xpnh muncul di rumah ini walaupn mmg ade musang dlm Kg. Klang Gate ni.. Diikuti kematian seekor kelawar di bawah rumah. Seterusnya kematian lebah madu yg agak byk jga la, juga dibawah rumah.

Bermula 2009, ayam2 peninggalan arwah nenek yg kini dijga oleh ayahku mula dibaham oleh binatang yg kami semua masih tertanya2 apakah spesisnya. Bangkai ayam yg ditemui mati kebanyakannya robek bahagian leher, dada, mahupun hilang kepala. Namun yg lebih menambahkan hairan kami sekeluarga adalah ayam2 ni tidak meronta mahupun menggelupur kerana di tempat kejadian tidak ditemui sebarang carik2 bulu ayam, malah kejadian yg selalunya berlaku pada malam hari tanpa kedengaran sebarang bunyi bising.

Terbaru pada 7 January 2011, pagi jumaat itu ayah menemui seekor ayamnya yg didalam reban mati dengan bahagian lehernya koyak. Namun pintu reban ayam tersebut berkunci dari luar malah tiada sebarang lubang besar yg mbolehkan sebarang haiwan seperti kucing, mahupun musang menembusi reban itu.

Kejadian yg agak ngeri dasat tidak berperikebinatangan ini harus dihentikan. Jika angkara musang mahupun kucing,mengapa ayam itu dirobek sebegitu rupa kemudian ditinggalkan sahaja tanpa menjamahnya? Jika dibiarkan begini, lmbat laun tak merasa lagi ler rendang ayam kampung setiap kali Raya Puasa mahupun Raya Haji. Amukan saka puaka rumah pusaka ini haris dihentikan!!!

Beralih kepada kisah kejadian sekitar umah pusaka peninggalan arwah atuk sebelah ayah aku di Kg. Jawa Batu 18, Hulu Langat. Satu kejadian yg sangat2 menguji keberanian aku di rumah usang itu. 1 Januari 2011, aku, ayah dan ibu ke sana utk kali ke berapa ntah, utk membersihkan rumah yg sebelum ini sudah setahun ditinggalkan oleh sepupuku yg hanya dipanggil Erol. Beliau telah menikah dengan seorang guru sekolah dan tinggal di rumah tersebut sehinggalah kelahiran bayi mereka yg pertama kira2 setahun yg lepas iaitu 2009. Maka pada tahun 2010, rumah tersebut mmg terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penjagaan. Ketika mereka [Erol & isteri] tinggal di situ, mereka hanya tinggal sementara menunggu kelulusan quarters kelamin yg dipohon oleh isterinya.

Pagi itu seperti biasa sesampainya di rumah itu yg disebelah kanan dikelilingi rumah2 jiran, manakala di sebelah kiri pula semak samun yg tingginya separas bahu aku. Kelihatan beberapa batang pokok pisang emas, sebatang pokok durian yg sudah tua, tiga batang pokok kelapa pandan sebaris yg juga sudah tua. Aku menghidupkan radio dan memilih SinarFM sbg siaran utama dan membiarkan volume suara agak tinggi supaya boleh didengari dari seluruh ceruk rumah.

Ayahku tanpa melengah2kan masa terus menyarung but getah kuning ala2 Phua Chu Kang, dan menggalas tong racun menuju ke sebelah kiri rumah. Ibu terus ke luar bhgn dapur menebas semak samun di sekitar anak2 pokok nenas. Aku pula menyambung kerja2 mengecat dinding rumah di sebelah kiri yg mengadap semak samun itu dengan bertemankan unggas dan nyamuk yg tanpa henti2 bernyanyi ditelinga kiri dan kanan.

Cuaca pada 1 Jan 2011 sgt indah, langit cerah tanpa menunjukkan cuaca akan hujan pada hari itu. Aku yg sedang mengecat kadangkala berhenti menikmati sejuknya angin desa. Angin pada hari itu datang secara tiba2  dengan kuat dan hilang secara tiba juga. Sehinggalah tengah hari. Selesai mengecat, aku masuk rumah, kebetulan ibu juga masuk.

Terpancar senyuman meleret di wajahnya sambil tangannya memegang dua biji [?] rebung; makanan kegemerannya.

"Banyak rebung?" soalku sudah tahu bertanya pula.
"Ada dua je dik." jawab ibu ringkas.
"Ibu nk pegi kt ayah plak. Nak cari paku-pakis. Adik nk ikut x?" pelawa ibu.
"Takpe la, adik nak naik atas rumah jap, nk bawak turun katil lama tu." sahutku tanpa menoleh smbil terus memanjat tangga yg agak curam di dapur yg menghubungkan bhgn atas rumah dan bawah rumah.

Panahan matahari menembusi celah2 dinding papan yg sudah kelihatan sgt uzur di rumah ini. Aku menuju terus ke bahagian depan dan membuka pintu dan tingkap. Bahagian tas rumah yg kelihatan suram dan agak seram pada mulanya mula kelihatan ceria. Di sebelah kanan rumah ini aku dapat melihat beberepa sangkar burung hutan yg dijerat oleh jiranku itu.

Aku terus masuk ke bilik pertama di bhgn atas rumah ini yg menempatkan sebuah katil lama bersaiz single bed. Dalam bilik ini juga tergantung sebuah tabuh, yg digunakan oleh kumpulan kompang jawa ketika hari perkahwinan. Berbeza dgn kumpulan kompang biasa di tempat lain, kump kompang jawa kebiasaannya di iringi oleh sebuah tarbus bagi menguatkan dan menyedapkan lagi irama kompang.

Tabuh yg tergantung dengan tali dari alang rumah tanpa menyentuh lantai. Aku mengalihkan tabuh itu ke sebelah kanan bagi memudahkan katil itu dihalakan ke pintu. Dengan menggunakan badan aku, aku menahan tabuh itu dari berayun. Sebaik aku menahannya dengan belakang badan aku, kedengaran ketuk-ketukan dari bhgn bawah rumah. Barangkali ibu sudah balik dari mengutip paku-pakis dan membersihkan parangnya.

Aku terus dengan usaha utk membawa keluar katil lama itu dari bilik ini. Ketuk-ketukan berterusan sehinggalah aku berjaya mengeluarkan katil itu dan aku sendiri keluar dari bilik itu. Serentak dengan itu ketukan itu berhenti.

Katil besi yg tak berapa berat itu aku sorongkan di tangga hadapann rumah sambil tanganku yg kurus menampakkan tulang ini menggigil2. Ketika tumpuan diberikan sepenuhnya bagi mengelakkan katil ini dari terus menggelongsor dari tangga dan terus menjahanamkan anak2 pokok cili yg ibu baru tanam minggu lepas, aku terlihat sesusuk tubuh.

Seorang wanita tua, sgt kurus, berbaju kurung kedah, berkain batik, berdiri tegak memerhatikan aku. Aku mengerling dgn ekor mata sahaja. Setelah memastikan kaki aku stabil di atas tangga itu dan katil tidak akan menggelongsor aku mengalihkan pandangan mata utk melihat siapa itu. Wak Mah barangkali, mahu menghantar lauk tengah hari utk kami bertiga; agakanku.

Namun, aku melihat tiada siapa di situ. Ah, sudah.. Siapa pula tadi tu, soalku dalam hati.

Lantakla, yg penting katil tua ni aku turunkan dahulu.

Sesudah keempat2 kaki katil itu selamat mendarat dan mencecah bhgn bawah rumah, sayup2 kedengaran suara ibu dari jauh semak-samun bersama2 ayah mendongak melihat2 pokok durian tua di situ.

Aku kehairanan. Begitu cepat ibu berjalan menuju ke ayah? Bagaimana ibu boleh berada di sana tanpa melintasi aku? Sedangkan jika ibu keluar mengikut pintu dapur sekalipun ibu masih perlu ke hadapan rumah kerana bhgn blkg rumah adalah sungai dan satu2nya jalan utk ke pokok durian tua itu adalah dengan melalui depan rumah. Jika ibu meredah semak-samun itu, mustahil aku tidak mendengar bunyi rumput2 dipijak?

Tak berapa lama kemudian ibu pun pulang dengan secekak paku-pakis di tangannya. Aku bertanya kan sama  ada ibu ada berpatah balik setelah keluar mencari paku-pakis.

Ibu menafikannya. Setelah aku naik tangga ibu terus keluar tanpa berpatah balik sampaila sekarang ni. Katanya lagi, setelah aku naik atas, ibu mmg terus keluar ke bhgn kiri rumah.

Aku bertanya lagi samada ibu ada bertukang atau mengetuk2 dinding umah dari bhgn bawah umah sblm klua. Juga ibu menafikannya beliau ade berbuat demikian.

Aku mula rasa seram sejuk. Tidak terasa darah mengalir di muka. Bunyi apekah yg aku dengar tadi tu? Siapa atau Apa yg menghasilkan bunyi tu?

Ini rumah yg famili aku diami skrg, Kg Klang Gate, Gombak. Rumah telah siap diubahsuai pada 2009. Hilang sudah ciri2 keaslian rumah kg. Aku paling tak berkenan dgn tingkap kaca tu. Tingkap lama lagi cun! But believe me, korg xnak tgk umah ni dlm keadaan asal, cukup syarat je stakat nak berteduh panas & hujan.

::Pasal Aku::

My photo
Depan Laptop, Dalam Rumah, Malaysia
Anti-Sosial, Sampah Masyarakat, Freak, Loser, Pathetic

Followers

Ini Bukan Nombor Ekor!

FEEDJIT Live Traffic Feed

Terima Kasih Sudi Singgah Ke Teratak Buruk Blog Ini. akuAzizi Since 2006. Powered by Blogger.