Free chat widget @ ShoutMix

Friday, January 07, 2011

Amukan Saka Puaka Rumah Pusaka

Cukupla dgn post2 jiwa kosong, monolog dlman mahupun luaran. Kali ni agak serius nada post. Bukan pengaruh novel bersiri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Sebaliknya ini kisah benar yg terjadi sekitar keluarga aku, sekitar Kg. Klang Gate, Gombak dan Kg. Jawa Batu 18, Hulu Langat. 

Kejadian aneh yg aku alami di rumah peninggalan arwah nenek sebelah ibu aku di Kg. Klang Gate ini bermula seawal usia aku lapan tahun. Ketika senja aku lebih gemar bermain2 di tangga smbil menghadap bhgian atas rumah [ruang atas / ruang tamu] manakala nenek [kini arwah] di bawah [dapur]. Ketika itu aku dan sepupu leka bermain getah pemadam, dgn secara tiba2 mesin jahit berbunyi seolah2 ade yg menjahit. Bahagian atas rumah yg semakin gelap dek remang2 senja itu mmg benar2 menakutkan kami berdua. Sehingga kini, kisah ini masih tersimpan rapi antara kami berdua.

Ketika arwah nenek mula2 jatuh sakit pada 2005 dan mendiami rumah bersebelahan, bukan rumah yg aku diami skrg ini, arwah selalu mengingatkan ibu dan aku agar sentiasa menghidupkan lampu pada sebelah malam. Apabila ditanya mengapa, arwah cuma menyatakan beliau merasa seram melihat bhgan atas rumah yg gelap. Ketika itu abang aku masih melanjutkan pelajarannya di Bangi, Selangor dan hanya pulang dua atau tiga minggu sekali. Memang kebiasaan bhgn atas tidak dihidupkan lampu kecuali bilik aku di bhgn bawah / dapur.

Apabila arwah meninggal dunia pada 2008, adik beradik sebelah ibu ada yg tidak berani naik lagi ke bhgn atas rumah. Alasan yg diberikan cukup mudah; serasa berada di alam lain. Aku pon kurang pasti la ape maksud macik2 tu. Alam fana? Alam maya? Alam barzakh? Alam bunian? ntahler...

kira2 enam bulan sebelum nenek meninggal dunia, musang muncul di rumah ini. Barangkali mahu menangkap ayam kg belaan nenek. Sebelum2 ni, musang mmg xpnh muncul di rumah ini walaupn mmg ade musang dlm Kg. Klang Gate ni.. Diikuti kematian seekor kelawar di bawah rumah. Seterusnya kematian lebah madu yg agak byk jga la, juga dibawah rumah.

Bermula 2009, ayam2 peninggalan arwah nenek yg kini dijga oleh ayahku mula dibaham oleh binatang yg kami semua masih tertanya2 apakah spesisnya. Bangkai ayam yg ditemui mati kebanyakannya robek bahagian leher, dada, mahupun hilang kepala. Namun yg lebih menambahkan hairan kami sekeluarga adalah ayam2 ni tidak meronta mahupun menggelupur kerana di tempat kejadian tidak ditemui sebarang carik2 bulu ayam, malah kejadian yg selalunya berlaku pada malam hari tanpa kedengaran sebarang bunyi bising.

Terbaru pada 7 January 2011, pagi jumaat itu ayah menemui seekor ayamnya yg didalam reban mati dengan bahagian lehernya koyak. Namun pintu reban ayam tersebut berkunci dari luar malah tiada sebarang lubang besar yg mbolehkan sebarang haiwan seperti kucing, mahupun musang menembusi reban itu.

Kejadian yg agak ngeri dasat tidak berperikebinatangan ini harus dihentikan. Jika angkara musang mahupun kucing,mengapa ayam itu dirobek sebegitu rupa kemudian ditinggalkan sahaja tanpa menjamahnya? Jika dibiarkan begini, lmbat laun tak merasa lagi ler rendang ayam kampung setiap kali Raya Puasa mahupun Raya Haji. Amukan saka puaka rumah pusaka ini haris dihentikan!!!

Beralih kepada kisah kejadian sekitar umah pusaka peninggalan arwah atuk sebelah ayah aku di Kg. Jawa Batu 18, Hulu Langat. Satu kejadian yg sangat2 menguji keberanian aku di rumah usang itu. 1 Januari 2011, aku, ayah dan ibu ke sana utk kali ke berapa ntah, utk membersihkan rumah yg sebelum ini sudah setahun ditinggalkan oleh sepupuku yg hanya dipanggil Erol. Beliau telah menikah dengan seorang guru sekolah dan tinggal di rumah tersebut sehinggalah kelahiran bayi mereka yg pertama kira2 setahun yg lepas iaitu 2009. Maka pada tahun 2010, rumah tersebut mmg terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penjagaan. Ketika mereka [Erol & isteri] tinggal di situ, mereka hanya tinggal sementara menunggu kelulusan quarters kelamin yg dipohon oleh isterinya.

Pagi itu seperti biasa sesampainya di rumah itu yg disebelah kanan dikelilingi rumah2 jiran, manakala di sebelah kiri pula semak samun yg tingginya separas bahu aku. Kelihatan beberapa batang pokok pisang emas, sebatang pokok durian yg sudah tua, tiga batang pokok kelapa pandan sebaris yg juga sudah tua. Aku menghidupkan radio dan memilih SinarFM sbg siaran utama dan membiarkan volume suara agak tinggi supaya boleh didengari dari seluruh ceruk rumah.

Ayahku tanpa melengah2kan masa terus menyarung but getah kuning ala2 Phua Chu Kang, dan menggalas tong racun menuju ke sebelah kiri rumah. Ibu terus ke luar bhgn dapur menebas semak samun di sekitar anak2 pokok nenas. Aku pula menyambung kerja2 mengecat dinding rumah di sebelah kiri yg mengadap semak samun itu dengan bertemankan unggas dan nyamuk yg tanpa henti2 bernyanyi ditelinga kiri dan kanan.

Cuaca pada 1 Jan 2011 sgt indah, langit cerah tanpa menunjukkan cuaca akan hujan pada hari itu. Aku yg sedang mengecat kadangkala berhenti menikmati sejuknya angin desa. Angin pada hari itu datang secara tiba2  dengan kuat dan hilang secara tiba juga. Sehinggalah tengah hari. Selesai mengecat, aku masuk rumah, kebetulan ibu juga masuk.

Terpancar senyuman meleret di wajahnya sambil tangannya memegang dua biji [?] rebung; makanan kegemerannya.

"Banyak rebung?" soalku sudah tahu bertanya pula.
"Ada dua je dik." jawab ibu ringkas.
"Ibu nk pegi kt ayah plak. Nak cari paku-pakis. Adik nk ikut x?" pelawa ibu.
"Takpe la, adik nak naik atas rumah jap, nk bawak turun katil lama tu." sahutku tanpa menoleh smbil terus memanjat tangga yg agak curam di dapur yg menghubungkan bhgn atas rumah dan bawah rumah.

Panahan matahari menembusi celah2 dinding papan yg sudah kelihatan sgt uzur di rumah ini. Aku menuju terus ke bahagian depan dan membuka pintu dan tingkap. Bahagian tas rumah yg kelihatan suram dan agak seram pada mulanya mula kelihatan ceria. Di sebelah kanan rumah ini aku dapat melihat beberepa sangkar burung hutan yg dijerat oleh jiranku itu.

Aku terus masuk ke bilik pertama di bhgn atas rumah ini yg menempatkan sebuah katil lama bersaiz single bed. Dalam bilik ini juga tergantung sebuah tabuh, yg digunakan oleh kumpulan kompang jawa ketika hari perkahwinan. Berbeza dgn kumpulan kompang biasa di tempat lain, kump kompang jawa kebiasaannya di iringi oleh sebuah tarbus bagi menguatkan dan menyedapkan lagi irama kompang.

Tabuh yg tergantung dengan tali dari alang rumah tanpa menyentuh lantai. Aku mengalihkan tabuh itu ke sebelah kanan bagi memudahkan katil itu dihalakan ke pintu. Dengan menggunakan badan aku, aku menahan tabuh itu dari berayun. Sebaik aku menahannya dengan belakang badan aku, kedengaran ketuk-ketukan dari bhgn bawah rumah. Barangkali ibu sudah balik dari mengutip paku-pakis dan membersihkan parangnya.

Aku terus dengan usaha utk membawa keluar katil lama itu dari bilik ini. Ketuk-ketukan berterusan sehinggalah aku berjaya mengeluarkan katil itu dan aku sendiri keluar dari bilik itu. Serentak dengan itu ketukan itu berhenti.

Katil besi yg tak berapa berat itu aku sorongkan di tangga hadapann rumah sambil tanganku yg kurus menampakkan tulang ini menggigil2. Ketika tumpuan diberikan sepenuhnya bagi mengelakkan katil ini dari terus menggelongsor dari tangga dan terus menjahanamkan anak2 pokok cili yg ibu baru tanam minggu lepas, aku terlihat sesusuk tubuh.

Seorang wanita tua, sgt kurus, berbaju kurung kedah, berkain batik, berdiri tegak memerhatikan aku. Aku mengerling dgn ekor mata sahaja. Setelah memastikan kaki aku stabil di atas tangga itu dan katil tidak akan menggelongsor aku mengalihkan pandangan mata utk melihat siapa itu. Wak Mah barangkali, mahu menghantar lauk tengah hari utk kami bertiga; agakanku.

Namun, aku melihat tiada siapa di situ. Ah, sudah.. Siapa pula tadi tu, soalku dalam hati.

Lantakla, yg penting katil tua ni aku turunkan dahulu.

Sesudah keempat2 kaki katil itu selamat mendarat dan mencecah bhgn bawah rumah, sayup2 kedengaran suara ibu dari jauh semak-samun bersama2 ayah mendongak melihat2 pokok durian tua di situ.

Aku kehairanan. Begitu cepat ibu berjalan menuju ke ayah? Bagaimana ibu boleh berada di sana tanpa melintasi aku? Sedangkan jika ibu keluar mengikut pintu dapur sekalipun ibu masih perlu ke hadapan rumah kerana bhgn blkg rumah adalah sungai dan satu2nya jalan utk ke pokok durian tua itu adalah dengan melalui depan rumah. Jika ibu meredah semak-samun itu, mustahil aku tidak mendengar bunyi rumput2 dipijak?

Tak berapa lama kemudian ibu pun pulang dengan secekak paku-pakis di tangannya. Aku bertanya kan sama  ada ibu ada berpatah balik setelah keluar mencari paku-pakis.

Ibu menafikannya. Setelah aku naik tangga ibu terus keluar tanpa berpatah balik sampaila sekarang ni. Katanya lagi, setelah aku naik atas, ibu mmg terus keluar ke bhgn kiri rumah.

Aku bertanya lagi samada ibu ada bertukang atau mengetuk2 dinding umah dari bhgn bawah umah sblm klua. Juga ibu menafikannya beliau ade berbuat demikian.

Aku mula rasa seram sejuk. Tidak terasa darah mengalir di muka. Bunyi apekah yg aku dengar tadi tu? Siapa atau Apa yg menghasilkan bunyi tu?

Ini rumah yg famili aku diami skrg, Kg Klang Gate, Gombak. Rumah telah siap diubahsuai pada 2009. Hilang sudah ciri2 keaslian rumah kg. Aku paling tak berkenan dgn tingkap kaca tu. Tingkap lama lagi cun! But believe me, korg xnak tgk umah ni dlm keadaan asal, cukup syarat je stakat nak berteduh panas & hujan.

8 comments:

CikRamaRama said...

bile leh dtg melawat ke rmh ni???

Cinta Pakai Buang said...

rumah di kg. klang gate anytime leh dtg, rumah di hulu langat tu insyallah bln 3 ni siap...

CikRamaRama said...

ok...bln 7 nti ambik org kt kl k...bole??huhu~

Cinta Pakai Buang said...

insyallah boleh, rumh klang gate la ye.. rumah kt hulu langat tu jauh sgt..

CikRamaRama said...

yg pic tu kt klang gate ek??boleh jer...hehe~

hulu langat tu kt mn??huhu...org xtaw...hehe

Cinta Pakai Buang said...

a'ah, ni pic umh klang gate, dkt la dgn lrt wangsa maju, ade bas...
yg kt hululangat tu, dlm slgor..btol2 kg. punye..air paip amik dari air bukit, blkg umh ade sg. tp jauh la dari pekan, xde ape sgt pon..

CikRamaRama said...

huhuhu...xpe2,july nti insyaallah...smpi lh org kt sna...hehe

Cinta Pakai Buang said...

ok2
:)

::Pasal Aku::

My photo
Depan Laptop, Dalam Rumah, Malaysia
Anti-Sosial, Sampah Masyarakat, Freak, Loser, Pathetic

Followers

Ini Bukan Nombor Ekor!

FEEDJIT Live Traffic Feed

Terima Kasih Sudi Singgah Ke Teratak Buruk Blog Ini. akuAzizi Since 2006. Powered by Blogger.