"Ayah kau tu ade saka. Waris dari Wak Upik ko. Ko igt lg x Wak Upik?" kata ibuku dengan selamba sambil matanya masih terpaku di kaca televisyen yg menayangkan rancangan Oprah kegemarannya.
"Menagarut ajelah ibu ni. Saka tu sepatutnye memelihara anak cucu. Itu perjanjian asal saka dengan pemilik asalnya. Memlihara anak cucu dan harta si pemilik saka. Bukannya membinasa." sanggahku sambil menghirup kopi o panas pada pagi yg dingin itu. "Ayah tu sakit biasa2 je. Takde kena mengena dengan saka." tambahku mengukuhkan hujahku. "Ayah tu yg malas nak p hospital, ape plak saka yg disalahkan."
"Ko x percaya Zi? Ayah ko tu mmg ade saka. Dapat dari arwah Wak Upik. Wak Upik tu kan kakak ayah. Ayah tu plak anak bongsu. Benda2 saka ni akan mcari waris yg pemilik asalnya paling sayang utk dijadikan tuannya yg baru, utk saka tu memberikan khidmatnya jika anak mereka sendiri x mahu menjadi pemilik baru."
"Ape ko dah lupe Zi, Titi adik ibu tu pon meninggal kerana saka. Arwah nenek pon meniggal kerana saka." ibu menambahkan lagi bukti2 yg bagi aku lgsung tidak berasas.
"Ko sdri yg ckp Zi, ko dh lupe? Ko sendiri bmimpi nenek pulang ke rumah seminggu selepas nenek meniggal? Ko sdri ade tdengar org bjalan2 atas rumah sedangkan abg ko bkerja shift malam, adik ko plak masih di kampus. Kalo benda tu bukan saka, ape benda tu Zi?" soal ibuku sambil membuat muka ala2 Uncle Seekers mencari kepastian dari aku. Rancangan Oprah yg ditontoninya tadi tidak menarik minat beliau lagi. Biasalah.. Melayu, kalo cerita2 tahyul ni mmg minat sgt2.
"Mimpi tu mainan syaitan bu. Lagipun ni kan rumah kayu. Ye, rumah yg kita diami skrg ni peninggalan arwah nenek. Tapi xde kena mengena dengan bunyi2 tu. Tu cuma bunyi kayu2 mengecut akibat perubahan cuaca sejuk. Kan rumah ni dikelilingi pokok2 jambu, rambutan, kelapa. Cuaca malam di sini memang sejuk, berbeza dengan cuaca siang yg panas. Tak hairanla kalo kayu2 tu mengecut dan kluakn bunyi2 pada sblh mlm." aku mula mengeluarkan hujah2 mematahkan dakwaan ibuku itu.
"Ko harus igt Zi, arwah nenek ko tu lahir di sumatera, manakala keturunan ayah ko tu dari Kalimantan. Ko tahu bukan adat org merantau dulu2 apa? Mereka ade 'membela' dan membawa benda2 ni." ibu menyoalku.
"Tahu bu, bukan setakat tu je yg mereka bawa bersama, tapi juga tempe, kuda kepang, caklempong dan macam2 lagi." jawabku dengan nada berseloroh.
"Ish ko ni, ibu ckp btol2 ko main2." rungut ibuku.
Aku x tahu dari mana ibu tahu sgt pasal saka ni, begitu yakin sungguh beliau berkata2 dgn aku pasal saka pada pagi itu. Apa beliau mendapat ilmu2 melalui mimpi? Melalui pos laju? Atau munkin juga dari Mastika?



No comments:
Post a Comment